Make your own free website on Tripod.com
Perkhidmatan Ambulans
Kes Kecemasan | Kes Penghantaran

   Setiap panggilan kes kecemasan atau kes penghantaran yang diterima, anggota akan membuat catatan seperti meminta nama, alamat, kediaman dan nombor telefon
si pemanggil. Ini memudahkan anggota st.john bergerak lebih mudah untuk sampai ke tempat kejadian. Apabila kes sudah diterima oleh anggota bertugas,
anggota st.john akan bergerak seramai empat orang termasuk seorang pegawai yang bertanggungjawab. Pegawai atau ketua yang bertugas akan memberi arahan
kepada anggota reponder tersebut.

  Tugas anggota yang pertama ialah membuat catitan seperti kecederaan pesakit dan nama pesakit seterusnya meminta nama waris atau keluarga pesakit
untuk menurunkan tandatangan. Ini bertujuan supaya pesakit atau waris tidak akan meminta ganti rugi jika berlakunya sebarang kemalangan semasa penghantaran.
Anggota kedua membantu pegawai bertugas mengenal pasti kecederaan yang di alami oleh si mangsa. Prosedur ini akan memakan masa sedikit kerana adakalanya mangsa
mengalami kecederaan yang di luar jangkaan petugas.

  Manakala tugas anggota yang ketiga ialah menyediakan peralatan seperti strecher, oksigen, kelengkapan merawat dan lain-lain atas arahan pegawai bertugas.
Ini memudahkan proseder merawat dengan lebih mudah dan efisyen .
KPBS

  Anggota keempat iaitu pemandu ambulans. Pemandu akan menunggu arahan daripada pegawai bertugas samada mangsa hendak di hantar ke Hospital Kerajaan dan Hospital Swasta atau mana yang lebih hampir. Apabila pesakit selamat tiba di hospital pegawai bertugas akan melaporkan kepada doktor atau pembantu perubatan yang bertugas. Pemandu ambulans boleh juga di namakan sebagai anggota sokongan.

  Pegawai bertugas juga akan membuat catitan dari permulaan menerima kes sehingga mangsa diserahkan kepada pihak yang bertanggungjawab. Setelah mangsa diserahkan kepada pihak hospital anggota responder akan kembali ke ibu pejabat SJAM KPBS dan pegawai bertugas akan membuat laporan lengkap secara bertulis di dalam kes note supaya mudah untuk membuat laporan kes kecemasaan atau kes penghantaran.

 

Kemalangan jalan raya
2 kes
Kemalangan di rumah
1 kes
Kes pembunuhan
1 kes
Penghantaran
19 kes
Jumlah
23 kes

Rujukan kes note Januari 2002 hingga Mac 2002

Kes Kecemasan | Kes Penghantaran


Muka Utama