St. John Ambulans Malaysia Sabah KPBS


PROJEK KHAS - KG. SUKAU, KINABATANGAN

St. John Malaysia Sabah Kawasan Pantai Barat Selatan telah diberi penghormatan oleh St. John Negeri Sabah untuk mengendalikan satu projek khas di Kg. Sukau dalam daerah Kinabatangan. Projek khas ini adalah semata-mata untuk mengingati kematian seorang warganegara British yang telah meninggal dunia di Kg. Sukau pada tahun 1999. Projek khas ini akan dilaksanakan pada 28 September hingga 1 Oktober 2000. SJAM KPBS telah menyusun beberapa aktiviti khidmat masyarakat bersempena dengan perlaksanaan projek berkenaan. Diantaranya adalah; Latihan Pertolongan Cemas, Latihan Penggunaan Peralatan Pertolongan Kecemasan, Sesi Ceramah Tertolongan Kesihatan, Sesi Pemeriksaan Teknan Darah, Membina semula klinik kampung, dll. Adalah dijangka beberapa orang kenamaa akan turut hadir di maljis itu nanti. Ini termasuklah Konsul dari Britain, Pemerintah Agung St. John Ambulans Malaysia, Pemerintah St. John Ambulans Negeri, Pemerintah Kawasan Pantai Barat Selatan, dll.

Untuk Maklumat lanjut sila hubungi kami; atau Sila Rujuk Dokumen Berikut:

e-mail: stjohnkpbs@yahoo.com          Map Perjalanan        Maklumat Kinabatangan
 




Maklumat Kinabatangan